Simpan sini untuk kenangan.
Aku sebenarnya malas untuk menulis diari semenjak dah tua ni. Tapi kadangkala rasanya perlu juga sebab aku ni seorang pelupa. Sepanjang aku menulis ini pun banyak dah yang yang lupa dan ditambah balik selepas teringat semula. Yang pahit2 tu kita buang je la. Apa yang lepas telah pun lepas. Yang penting ianya jadi pengajaran dan pengalaman.
Kelab Robotik SMKDUA 2021
Kelab yang tidak pernah ditubuhkan secara rasmi. Ditubuhkan secara tidak rasmi pada hari terakhir pendaftaran untuk pertandingan RBTX Challenge.
Pada waktu itu, disebabkan tidak mendapat kelulusan budget dan hari tersebut adalah hari last pendaftaran. Dan mereka hanya ada masa kurang daripada 7 hari untuk membuat persediaan.
- Advertisement -
Saya memberikan kata dua kepada pelajar samada untuk kuburkan niat dan kelab ini atau teruskan dengan berjuang sampai ke titisan akhir dengan masa yang ada dan peralatan yang masih tiada. Mereka bersetuju untuk teruskan dan menghadapi cabaran ini.
Ada beberapa sebab aku menunaikan permintaan mereka.
- Aku tak sampai hati menolak permintaan mereka.
- Aku nampak peluang yang ada pada robotik ini memandangkan tidak ramai lagi berani menceburi.
- Selagi tak menyertai, selagi itu takkan ada pendedahan.
Untuk itu aku daftarkan 3 kumpulan pelajar. 2 pertandingan Tracer Advance. 1 Pertandingan Innovative Advance. Plan asalnya aku ingin menyertai Sumo dan Tracer. Tapi memandangkan ianya memerlukan 2 robot y berbeza dan sumo memerlukan coding y lebih compleks. Aku terpaksa memilih Tracer dahulu memandangkan codingya adalah berbentuk block dan sumo mungkin boleh buat sendiri lepas mahirkan diri dalam inovasi. Menggunakan dana sendiri yang ada saya dapatkan robot tracer. Alhamdulillah saudara Helmi Founder Mechatronics dapat sediakan Robot Rush dengan litar sekali. Jika semua dapat disediakan dalam masa singkat.
Dengan berbaki 5 hari mereka bersusah payah hingga ke hari terakhir tarikh tutup. Saya berterima kasih juga kepada saudara Azman daripada Petrosains sudi membantu dan menyediakan tempat untuk kami belajar dan menyiapkan code pada hari minggu di Petrosains PPAJ.
Mereka cuba siapkan sequence yang ada sehingga hari yang terakhir. Pada masa ini pun, pelajar menghadapi kesukaran kerana terdapat kecacatan pada motor robot dan mengalami error apabila dimasukkan seq code y banyak. Akhirnya mereka terpaksa buat kata putus sama untuk mengalah memandangkan hari sudah lewat petang atau berjuang sehingga siap. Alhamdulillah seq dan video sempat dihantar 1 jam sebelum tempoh tamat. Dalam 2 team y dihantar. 1 team berjaya masuk ke pusingan kelayakan.
Untuk team Innovative Advance, keadaan lebih mencabar kerana kami memang zero ilmu dan tiada peralatan. Untuk ini saya berterima kasih sekali lagi kepada En. Azman yang susah payah mengajar kami dan meminjamkan peralatan robotik seperti adruino, sensor, motor dan sebagainya untuk di cuba dan menjadikan project kami menampakkan hasil.
Dalam proses itu, Team Tracer Advance berjaya ke pusingan kelayakan dan hasilnya kami dapat bantuan daripada PIBG. Duit ini kami gunakan untuk membeli peralatan untuk pertandingan Innovasi. Untuk pertandingan ini kami tak dapat masuk ke pusingan akhir memandangkan idea kami hanya melibatkan Innovasi sedangkan yang lain dah mula melibatkan iOT dalam Innovasi mereka. Tak apalah, ini pengalaman yang amat bermakna bagi saya dan pelajar.
Selepas daripada itu, kami menyertai beberapa lagi pertandingan antaranya drone dan Skudai Robotik Challenge SRC2021. Untuk drone kami tak dapat teruskan kerana banyak bengkel yang telah kami terlepas. Tapi untuk SRC2021 kami berjaya masuk ke pusingan final. Petrosains JB dan PPAJ bukan lagi tempat asing bagi kami.
Alhamdulillah, pelajar yang menyertai dapat masuk ke pusingan final. Namun begitu, niat kami untuk ke final tak dapat ditunaikan. Ini kerana kami tidak dapat kelulusan untuk keluar daripada sekolah atas alasan saya cuti kuarantin dan pelajar perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Mereka amatlah kecewa kerana mereka tidak henti berlatih walaupun aku tiada untuk membantu mereka pada persendirian terakhir itu. Mereka beranikan diri lagi berjumpa pengetua sendiri untuk meminta izin menyertai pertandingan tersebut(aku tak tahu pun. Seminggu lepas tu baru tahu mereka petik nama aku kata akan suruh jumpa pengetua. Alahai budak2 ni.)
Pada masa ini aku sedar, keputusan untuk meneruskan kelab ini adalah sia-sia. Kata2 pentadbir yang mengatakan yang dia bersetuju kelab ini ditubuhkan dengan usaha sendiri tanpa bantuan kewangan telah jelas menunjukkan bahawa sebenarnya ianya adalah bermaksud TIDAK. Tak hairanlah kertas kerja ditolak. Segala yang dibuat mengenai robotik dengan pelajar walaupun diluar waktu pdpr dihalang dgn alasan yang tak wajar. Aku tak pasti samada memang dia tidak bersetuju dengan kelab ini atau kerana dia tidak bersetuju dengan aku kerana kami telah ada beberapa episode perselisihan yang tidak baik sepanjang permulaan sesi lagi. Tak perlu lah nak ceritakan memandangkan semua itu hal lain pulak dan aku pun redha. Aku bersyukur sahaja apa yang berlaku kerana aku juga dapat menikmati kelebihan yang ada disebalik kekurangan yang berlaku.
Cuma yang sedihnya sampai di sini sahajalah perjuangan mereka. Sebenarnya aku pun sedar masalah ini awal-awal lagi, dan telah beberapa kali mencari guru lain bagi meneruskan perjalanan ini. Tapi tiada seorang pun yang berani memikul tanggungjawab ini. Dan bila ini terjadi, aku dapat rasai kesedihan mereka. Ada yang telah menarik diri. Jadi, aku rasa perjalannya cukuplah sampai di sini. Dengan itu, kelab ini di mansuhkan di sini.











Pendedahan yang menarik untuk mencungkil bakat pelajar.