Cara untuk register account google guru ke handphone

webmaster
2 Min Read

Bagi memudahkan urusan guru, adalah lebih baik kita registerkan account guru ke dalam handphone. Seperti mana yang kita tahu sekarang, setiap handphone sekarang mesti didaftarkan atas email akaun. Dan kebiasaannya, ianya adalah akaun peribadi. Ada yang tidak tahu pula, setiap kali beli handphone baru, di registerkan email yang baru.

Ada banyak kelebihan jika kita installkan setiap hp kita dengan 1 akaun kita sahaja. Tapi hari ini kita tak akan kupas kelebihan kita installkan akaun peribadi ke dalam  setiap handphone kita.

Untuk kali ini, kita akan belajar cara untuk registerkan akaun guru ke dalam phone. Ini memudahkan kita untuk access mana-mana file atau maklumat atau urusan kerja tanpa memerlukan kita membuka laptop. Ianya juga dapat membantu urusan kerja lebih teratur kerana kita dapat mengasingkan setiap data atau maklumat atau file ke dalam akaun berasingan sama ada kerja atau peribadi.

Berikut adalah cara-cara untuk installkan account google guru ke dalam handphone. Adalah dimaklumkan bahawa tutorial ini hanya untuk pengguna android sahaja:-

  1. Pergi ke setting handphone.
  2. Daripada sini,pergi ke bahagian Account and Backup
  3. Pilih Accounts
  4. Kemudian, pilih +Add Account
  5. Daripada sini, pilih Google
  6. Masukkan akaun Google Guru anda dan kemudian klik button NEXT
  7. Klik “I AGREE” pada Google Terms of Services
  8. Akhirnya siap. Daripada sini, kita boleh lihat akaun kita yang telah di integratekan ke dalam phone kita.

Dengan cara ini, anda boleh membuka mana-mana aplikasi google dengan akaun guru anda samada ianya adalah Google Drive, Gmail, Google Contact dan banyak lagi. Caranya, anda cuma perlu klik icon anda di hujung atas kanan apps.

Dibawah adalah contoh-contoh aplikasi yang biasanya saya buka menggunakan handphone.

Google Drive
Google Classroom
Gmail
Google Keep
KONGSIKAN BERSAMA
Share this Article
Leave a comment