Cara untuk pindahkan Google Drive Frog VLE Guru ke account Google Drive Baru

webmaster
3 Min Read

Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk backup Google Drive guru secara online dan juga offline. Kedua-dua kaedah berikut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Hari ini saya akan kongsikan cara untuk pindahkan google drive guru ke account Google Drive baru. Kaedah ini antara yang paling mudah dan berkesan kerana semuanya dibuat sendiri oleh google tanpa bantuan skrip seperti mana yang pernah dikongsikan sebelum ini. Cuma kaedah ini mungkin memakan masa antara 1 hari hingga seminggu bergantung kepada saiz file yang ada dan ada kemungkinan file tersebut berada dalam keadaan tidak tersusun.

Berikut adalah cara-caranya:-

  1. Log in Frog VLE guru dan pergi ke Quick Launch>Google Drive

2. Daripada Google Drive, pergi ke Google Account yang terletak pada penjuru kanan atas menu.

3. Ini adalah page google account guru. Daripada sini, klik pada menu Data & Personalization.

4.  Daripada sini, klik pada menu Transfer your content

5. Masukkan destinasi email yang ingin di pindahkan. Di bawah ini adalah file backup saya ke akaun edidik. Untuk cikgu-cikgu, pindahkan ke akaun guru masing-masing (namaguru@smkdua.edu.my).

6. Satu email akan di hantarkan ke email guru yang baru untuk pengesahan dan pemberian kod pengesahan. Buka email guru yang baru, cari email “verify your account” dan seterusnya klik button “get confirmation code”.

7. Confirmation code akan diberikan kepada anda dan copy code tersebut

8. Pastekan ke google account guru tadi seterusnya klik verify.

9. Setelah akaun tersebut telah di sahkan. Anda akan di bawa ke menu pemilihan file untuk dipindahkan. Pilih samada ingin pindahkan google drive sahaja atau ingin pindahkan semua termasuk Gmail guru yang sedia ada. Setelah itu, klik button “START TRANSFER”.

10. Satu email akan dihantar kepada akaun baru memaklumkan bahawa kandungan Google anda telah di transfer daripada akaun yang lama ke pada akaun yang baru. Proses ini mengambil masa antara 1 hingga 7 hari bergantung kepada saiz file.

11. Setelah selesai, satu lagi email pengesahan akan diberikan daripada google ke akaun baru anda. Contoh di bawah ini menunjukkan ada file-file yang bukan milik anda yang tak dapat di pindahkan. Abaikan sahaja kerana memang google akan cuba untuk transferkan semua tapi ada sesetangah file yang dikongsi dan tidak diberikan kebenaran untuk dicopy yang mana bukan milik kita tidak akan dapat dipindahkan.

12. Berikut adalah folder yang telah selamat di pindahkan. File tersebut biasanya diberi nama akaun yang dipindahkan berserta dengan tarikh. Daripada sini, cikgu bolehlah susun file cikgu mengikut keperluan cikgu.

Itu sahaja sedikit sebanyak panduan cara untuk pindahkan Google Drive Frog VLE guru kepada akaun guru yang baru. Harap ianya membantu.

KONGSIKAN BERSAMA
Share this Article
Leave a comment