Cara dan bacaan semasa melakukan Tahnik atau Bedah Mulut

webmaster
3 Min Read


Petikan dari Kitab Ma’khuz as-Sibyan Ila Tariqat al-Jinan

Ini Doa Membelah Mulut Kanak-kanak atau Cara Bertahnik

بسم الله الرحمن الرحيم
Kemudian membaca al-Fatihah sekali, sebagai hadiah kepada Rasulullah saw,

kemudian membaca ia kepada kanak-kanak itu dihadapannya
فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
sebanyak tiga kali.

وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ
sebanyak tiga kali

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِيْنٍ, ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةَ فِى قَرَارٍ مَكِيْنٍ, ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةً عَلَقَةً, فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً, فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا, فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا, ثُمَّ أَنْشَأنَاهُ خَلْقًا آخَرَ, فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. وَإِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِيُزْلَقُوْنَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ, وَيَقُوْلُوْنَ إِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ.

kemudian membaca
قل أعوذ برب الفلق
sekali dan

قل أعوذ برب الناس
sekali kemudian membaca

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ, وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ, حَصَّنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ, دَفَعْتُ عَنْكَ السُّوْءَ بِأُلْفِ أَلْفِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
kemudian sambil memegang ubun kanak tersebut, berkata ia

………..سَمَّاكَ اللهُ
sebut nama budak itu yang hendak dinamakan,
kemudian membaca al-Fatihah sekali

kemudian
إنا أنزلناه فى ليلة القدر
hingga akhir

kemudian membaca
قل هو الله احد
sekali kemudian dilepaskan pegangan ubun tadi, kemudian berdoa dengan doa ini iaitu :

بسم الله الرحمن الرحيم, اَللَّهُمَّ انْشِئْتُهُ صَالِحًا, وَاحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً, وَاسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى, وَاجْعَلْهُ بَارًّا بِوَالَدِيْهِ غَيْرَ عَاقٍ, وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ, وَاكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ, وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِذْهُ مِنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ, وَلاَ تُوَّجِّهَهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ, وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Cara tahnik bayi dengan kurma :

Kumur-kumur mulut dan cuci tangan sehingga bersih. Kemudian, mamah sebiji kurma dan ambil sedikit kurma yang telah dimamah tadi dengan jari manis sebelah kanan. Baca surah Al-Insyirah dan tiupkan pada kurma yang terdapat pada jari manis tadi. Kemudian, dengan menggunakan telapak jari manis (jangan menggunakan bahagian yang aad kuku, khuatir akan mencederakan langit-langit bayi), sapukan pada langit-langit bayi anda sambil membaca doa tahnik. Tunggu sehingga bayi anda menghisap jari anda. 

Cara tahnik bayi dengan madu :

Cuci tangan dahulu sehingga bersih. Buka bekas penutup madu, cicahkan jari manis kanan anda ke dalam madu. Baca surah Al-Insyirah dan tiupkan pada madu yang terdapat pada jari manis tadi. Kemudian, dengan menggunakan telapak jari manis (jangan menggunakan bahagian yang aad kuku, khuatir akan mencederakan langit-langit bayi), sapukan pada langit-langit bayi anda sambil membaca doa tahnik. Tunggu sehingga bayi anda menghisap jari anda.  

Doa semasa tahnik :

cara tahnik bayi yang baru lahir

Surah Al-Insyirah :

Semoga dengan melakukan tahnik ini, anak kita akan petah berkata-kata dengan kata-kata yang baik, mempunyai budi pekerti yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Terdapat banyak rujukan yang anda boleh rujuk di internet. Namun setakat ini, dalam banyak-banyak rujukan, admin pilih yang mana y admin amalkan untuk dikongsikan bersama. Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana.

Sekian.

KONGSIKAN BERSAMA
Share this Article
1 Comment