Setelah sekian lama busy dengan tugasan harian sepanjang PKP dan sepanjang permulaan semula sekolah. Baru berkesempatan untuk update sedikit sebanyak post di dalam website ini.
Kali ini, saya kongsikan sedikit bahan pengajaran untuk adik-adik yang bakal menduduki Matematik SPM memandakan sejak bermula semula sesi persekolahan selepas PKPP ni, saya diberikan peluang untuk mengajar kembali Matematik selepas lebih 5 tahun tak mengajar. Jadi, mula-mulanya memang terkejut juga la. Sebab bahan-bahan yang banyak2 dulu baru je dibuang semasa cuti PKP hari tu sebab ingatkan tahun ni dah akhir tahun untuk sukatan lama.
Apa-apa pun, terpaksalah cari bahan baru, minta sedikit bantuan bahan-bahan daripada pakar-pakar matematik yang ada dan alhamdulillah walau tak banyak. Tapi cukuplah untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan adik-adik.
Jadi, di bawah ini saya kongsikan sedikit video yang dibuat untuk pelajar-pelajar memandangkan ada di antara kita masih bercuti dan tak berkesempatan atau berkeyakinan untuk datang ke sekolah. Bolehlah ianya dijadikan bahan rujukan untuk mereka yang #studyfromhome.
Andai rasa video ini berguna, kongsilah bersama rakan-rakan. Semoga ianya bermanfaat ^_^ v
#matematikSPM, #cikguhayat, #cikguH, #cikgootube, #ketaksamaanlinear