Dasar Privasi PAJSK Auto-Isi
Berkuat kuasa: 2 Oktober 2026
Ringkasnya: semua data murid diproses dan disimpan dalam pelayar Chrome anda sahaja. PAJSK Auto-Isi tidak menghantar, menjual atau berkongsi data dengan sesiapa, termasuk pembangunnya.
Apa itu PAJSK Auto-Isi
PAJSK Auto-Isi ialah extension Chrome yang membantu guru mengisi dan menyimpan borang PAJSK dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) berdasarkan fail Excel yang dimuat naik oleh guru.
Data yang diproses
- Fail Excel yang anda muat naik: nama murid, No KP, kelab, sukan, unit beruniform, dan rekod pencapaian kokurikulum.
- Pilihan dan tetapan anda: padanan nama aktiviti, kategori program, dan tetapan tab Ekstra Kurikulum.
- Senarai aktiviti sekolah dalam SPPB: dibaca dari laman SPPB semasa anda log masuk, untuk memadankan nama aktiviti.
Di mana data disimpan
Data disimpan dalam storan setempat extension (chrome.storage.local) pada komputer anda. Data ini kekal di situ sehingga anda memuat naik fail baharu, memadam data extension, atau membuang extension.
Apa yang kami tidak lakukan
- Tidak menghantar data murid atau data anda ke mana-mana pelayan luar.
- Tidak menjual atau berkongsi data dengan pihak ketiga.
- Tidak menggunakan data untuk pengiklanan, analitik atau penjejakan.
- Tidak mengumpul kata laluan atau maklumat log masuk SPPB anda.
Kebenaran yang digunakan
- storage: menyimpan data kelas dan tetapan dalam pelayar anda.
- Akses ke moeissppb.moe.gov.my: membaca borang PAJSK dan mengisinya bagi pihak anda. Extension tidak berjalan di laman lain.
Ciri bantuan AI
Butang "Salin prompt AI" hanya menyalin nama program dan penganjur ke papan klip anda. Ia tidak mengandungi nama atau No KP murid, dan extension sendiri tidak menghantar apa-apa kepada mana-mana perkhidmatan AI. Jika anda menampal prompt itu ke perkhidmatan AI, dasar privasi perkhidmatan tersebut terpakai.
Memadam data
Untuk memadam semua data, buang extension dari Chrome (chrome://extensions > Remove). Data dalam storan extension dipadam bersama-samanya.
Tanggungjawab guru
Guru bertanggungjawab ke atas fail yang dimuat naik dan perlu menyemak markah sebelum menghantar PAJSK. Extension ini dibangunkan secara bebas dan tidak berkaitan secara rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perubahan dasar
Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini dan perubahan dipaparkan di halaman ini.
Hubungi
Soalan tentang dasar ini boleh dihantar melalui cikguhayat.com.
English summary
PAJSK Auto-Isi processes the spreadsheet a teacher uploads (student names, ID numbers and co-curricular records) entirely inside the teacher's own Chrome browser, using chrome.storage.local. No data is transmitted to the developer or any third party, sold, or used for advertising or analytics. The extension only runs on moeissppb.moe.gov.my to fill in the PAJSK form on the teacher's behalf. Removing the extension deletes all stored data.